Nvidia sedang bersiap sedia untuk melancarkan seni bina GPU baru iaitu Pascal tahun ini. Khabar angin mengatakan bahawa ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2016 tetapi mungkin berlaku sedikit kelewatan akan perkara ini. Maklumat tidak rasmi terkini mengatakan bahawa Nvidia menggunakan teras GPU GP104 dan 8GB VRAM untuk model terbarunya itu.

Menurut maklumat yang di terima, Nvidia GTX 1080 kemungkinan dilacarkan pada bulan Mei, berikutan pembentangan kad grafik Pascal pada Persidangan Teknologi Permainan (Game Technology Conference – GTC) yang di adakan pada tahun ini. Nvidia juga berkemungkinan melancarkan GTX1070 dalam sama masa yang sama.

gtx1080

Pascal adalah berdasarkan kepada proses FinFET 16nm dan teras GP104 baru yang boleh menawarkan sehingga dua kali ganda prestasi setiap watt dan menggunakan 8-pin penyambung kuasa tunggal. Jika khabar angin ini benar, mungkin GTX1080 tidak akan tiba dengan HBM dan sebaliknya akan menggunakan 8GB GDDR5 VRAM. HBM 2 mungkin akan digunakan pada model utama GPU yang berasaskan GP100 seperti produk 80Ti atau siri Titan.

Walaupun di jangka penamaan model terbaru Nvidia akan dipanggil GTX 1080, penamaan ini masih belum disahkan. Ada kemungkinan bahawa Nvidia akan menggunakan nama yang lain sehingga disahkan pada hari pelancarannya nanti. Jadi, anda boleh simpan kewangan anda dari sekarang untuk memilikinya beberapa bulan lagi dari sekarang.

Tentang Penulis

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.