Corsair telah mengumumkan pelancaran model Carbide Clear 400C iaitu model terbaru dari Carbide Series yang di umumkan di CES 2016, Las Vegas baru-baru ini . Carbide Clear 400C mudah untuk pemasangan, mudah dibersihkan dan juga mampu untuk dipasang cecair penyejuk (liquid cooling). Tanpa perlu menggunakan peralatan yang banyak, cukup sekadar menggunakan pemutar skru sahaja untuk pemasangan. Panel sisi yang lutsinar dan ruang yang banyak untuk pengurusan kabel. Ini bermakna, peminat PC memerlukan masa yang singkat untuk membina PC sekaligus menjimatkan masa. Penapis habuk yang mudah di capai dan mengurangkan masa untuk di bersihkan. Bahagian PSU dan slot 3.5″ ditutupi dan ini membuatkan kabel dapat di sembunyikan dan tak nampak serabut. Antara kelebihan lain 400C ini, ia mampu memuatkan 360mm radiator di bahagian hadapan, 240mm di bahagian atas, 120mm di bahagian belakang, dengan teknologi Aliran Udara Terus mengarahkan udara kepada komponen yang paling hangat menggunakan 2 kipas Corsair AF series yang disertakan bersama iaitu 1 x AF140L ‘intake’, 1 x AF120L ‘exhaust’. Walaupun dalam kategori kompak ‘mid tower’, 400C mampu menempatkan ‘full ATX’ mobo dan pelbagai saiz GPU yang di inginkan, menjadikan ia lebih cantik dipandang. Carbide 400C menawarkan ciri-ciri yang berkualiti tinggi dalam bentuk kompak. Di tambah lagi dengan panel sisi yang lutsinar amat sesuai kepada mereka yang teriingin nak ‘show off’ kerana ia menampakkan hampir keseluruhan komponen dalaman yang power itu. Kesemua bahagian luaran yang di hadapan dan atas diperbuat dari keluli , menjadikan rekabentuk nampak lebih moden. Carbide 400C boleh dibeli dengan harga RM491. Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.corsair.com/en/landing/400c Tinggalkan Komen Batal BalasAlamat e-mel anda tidak akan disiarkan.KomenNama* E-mel* Laman Web