Razer Stargazer adalah satu produk baru yang ditungu-tunggu oleh peminat dijangka akan di jual di pasaran bermula pada suku ke-3 pada tahun ini. Webcam yang dikatakan tercanggih ini mengikut slogan yang diberikan oleh pihak Razer mempunyai beberapa kelebihan yang tidak di miliki oleh pembuat webcam lain. Di antaranya ialah kelebihan merakam ‘frame rate’ yang tinggi pada kadar 60 fps semasa bermain game. Resolusi pada 1080p(30 fps) & 720P(60 fps) adalah yang terbaik untuk para ‘streamers’ dan ‘broadcasters’. Juga terdapat ‘Automatic Noise Cancelling’ iaitu satu kaedah yang dapat menghilangkan bunyi-bunyi yang kita tidak inginkan dalam rakaman video. Razer juga melakukan kerjasama dengan Intel dengan memperkenalkan teknologi RealSense seperti ‘3D Scanning’, ‘Dynamic Background Removal’ dan ‘Facial/Gesture Recognition’. Teknologi RealSense ini amat bagus untuk streamers yang merakam aksi mereka bermain game kerana dengan ‘Dynamic Background Removal’, teknologi ini dapat melakukan ‘crop’ tanpa bantuan skrin hijau di belakang. Menarik bukan? ‘3D Scanning’ pula dapat melakukan imbasan pengimejan 3D dengan lebih pantas ke ‘Unity’ yang sesuai buat para pembangun permainan game dan memudahkan pereka grafik untuk membuat persediaan mencetak grafik 3D. Para gamers pula dapat mengimbas objek atau wajah mereka ke dalam permainan game yang disukai. Dengan teknologi ‘Facial And Gesture Recognition’ pula, anda boleh membuka PC anda dengan menggunakan Windows Hello, membuka aplikasi dengan menggunakan pergerakan tangan atau permainan game yang memerlukan pergerakan tubuh badan. Tapi webcam ini hanya boleh digunakan pada Windows 10 sahaja. Jadi sesiapa yang tidak ada kena upgrade lah OS anda. Jadi, kepada peminat yang berada di luar sana, nantikan kemunculan Razer Stargazer yang di jangka akan berada dalam pasaran bermula suku ke-3 tahun ini. Tinggalkan Komen Batal BalasAlamat e-mel anda tidak akan disiarkan.KomenNama* E-mel* Laman Web